Sunday, 21 February 2016

Aye, Aye Tuan Presiden!

Tajuk: Aye, Aye Tuan Presiden!
Penulis: Que Sera Sera
Harga termasuk pos: RM32.00 (Semenanjung)/RM39.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit: Melarik Enigma Publications
Imprint: EnigMagis Press
ISBN 978-967-13972-0-6

“Tugas you cari maklumat siapa dalang di sebalik ROM...Lepas you dapat maklumat tu, tugas seterusnya ialah infiltrate ke dalam ROM. Gunakan apa jua cara supaya presiden percaya pada you...”

Itu misi aku yang diarahkan oleh GOT. Target aku ialah Tuan Imran. Tapi aku....

"Ohh...maaf, tuan!" Aku pura-pura terlanggar Tuan Presiden dan konon-konon jatuh ke dalam pelukannya.

"Oh my...Jia. Awak dah salah orang." Senyuman nakal tu tikam mata aku.

Oh my! Mampos! Najmi! Apa partner-in-crime aku yang bisa buat rusuk kiri kanan aku bergetar buat kat sini? Makin bergetar rusuk bila badan aku dalam dakapan dia macam gaya penari tango. This is not good. He's not my target!

Antara Tuan Imran dengan Najmi, siapakah yang Jia pilih? Antara GOT dengan ROM, di manakah kesetiaan Jia yang sebenar?  Ejen 714 a.k.a Jia punya misi yang lebih besar daripada apa yang dia sangka dan jangka. Berjayakah Jia melaksanakan misinya?


EnigMagis Press

Mulai Mac 2016, kesemua novel di bawah penerbitan kami akan menggunakan label EnigMagis Press.

Tuesday, 25 November 2014

Vampira: Hidupkan Cintaku~Izza Hani

Tajuk: Vampira: Hidupkan Cintaku
Penulis: Izza Hani
Harga termasuk pos: RM30.00 (Semenanjung)/RM34.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit: Melarik Enigma Publications
ISBN 978-967-11376-9-7
**Klik tab di atas untuk pre-order**

Zarique dan Larissa merupakan pahlawan Nosferatu yang ditugaskan memburu Strigoi. Namun apabila rahsia silam Larissa terbongkar, dia terpaksa melarikan diri ke dunia lain dengan ditemani oleh Zarique.

Kyra sama sekali tidak menduga yang dia mencintai seorang Vampira, musuh tradisi keturunannya. Lord Zarray yang tersihir dengan kecantikan Kyra telah meletakkan nyawa gadis itu dalam bahaya.

Erzad yang ditugaskan menyiasat kejadian jenayah paranormal telah didatangi oleh Maeve, perempuan sihir yang penuh misteri dan tidak boleh dipercayai.

Kemunculan Luna menyebabkan Zarique kehilangan Larissa, Lord Zarray terpisah daripada Kyra dan Erzad hilang ingatan.

Demi menyelamatkan Larissa, mengembalikan Kyra, Zarique dan Lord Zarray terpaksa menggadai nyawa datang ke dunia manusia. Mereka bertemu dengan si licik Luna dan Erzad yang amnesia.

Lalu bagaimanakah Zarique mahu menyelamatkan Larissa? Dapatkan Lord Zarray menemui Kyra semula? Berjayakah Erzad mendapat kembali ingatannya yang hilang? Dan Luna...siapakah dia sebenarnya?

Luna, sekadar seorang kawan baharu yang licik dan berani. Larissa...nyawa, jiwa, cinta dan segala-galanya ~ Zarique


Friday, 26 September 2014

Hatiku Dicuri Lanun (2014)

 

Tajuk: Hatiku Dicuri Lanun ~ Que Sera Sera, Fara H, Izza Hani
Harga: RM24.00 (Semenanjung)/RM27.00 (Sabah & Sarawak)
Penerbit: Melarik Enigma Publications
ISBN: 978-967-11376-8-0

Blurp:

Hatiku Dicuri Lanun
Danika diburu Kapten Ken, ketua lanun yang hanya muncul kala bulan mengambang. Anehnya, Danika tak ingat apa-apa tiap kali diculik oleh Kapten Ken. Munculnya Dr. Ryan, pensyarah  baru di kolejnya buat Danika semakin keliru.  Mengapa Kapten Ken dan Dr. Ryan punya nama dan wajah yang serupa? Siapakah mereka? Adakah mereka orang sama? Apakah yang mereka mahukan daripada Danika?

Ada Dia
Dunia gelap itu kembali bergolak hingga membuat dua jiwa terpaksa mengenepikan kebahagian yang sedang mereka kecapi. Antara tanggungjawab, masa depan, sahabat dan cinta, mereka terpaksa membuat pilihan. Mampukah mereka buat keputusan yang wajar? Atau mereka terpaksa akur dengan peraturan yang ditetapkan? Ada dia...segalanya mungkin.

Skypirate
Kata Mireya, hatinya berada di angkasa, milik si mata biru cerulean yang bernama Zander. Saat dia keliru untuk memilih antara Kapten Luke dengan Putera Ziyad, Mireya telah melarikan diri untuk menjadi lanun angkasa. Milik siapakah hati Mireya akhirnya?

Cinta Sayap Hitam
Hidup Kea tak pernah normal semenjak dilahirkan. Ibu dan ayah tirinya ialah vampire. Semenjak kecil dia dibesarkan di Nian. Hanya bila remaja, baru dia dibenarkan hidup di dunia manusia. Dia mahukan kehidupan  yang normal. Kemunculan Rif Ryan, demon bersayap dari dunia lain menyukarkan Kea untuk menikmati kehidupan yang normal. Adakah Kea akan memilih untuk hidup normal atau memilih Rif Aryan?

Butterfly-X
Pabila rakyat Elipsie semakin tertindas, muncul Butterfly-X cuba membela nasib mereka. Antara cinta lama dan perjuangan
masa depan, mampukah Airis melawan Kyrian demi menegakkan
pendiriannya? Dan mampukah Kyrian membuat Airis berpaling kepadanya?

Hessa My Roses
Kewibawaan Razien dicabar oleh Hessa, seorang gadis desa yang menjadi sukarelawan di hospital. Namun Razien tak tahu Hessa sebenarnya perisik kumpulan pembebasan yang punyai misi untuk mencari dan menyelamatkan Putera Hayden. Berjayakah Hessa mencari Hayden? Antara kesetiaan kepada Ilunati dengan cintanya pada Hessa, Razien pilih siapa?

Saturday, 20 September 2014

Hatiku Dicuri Lanun sudah siap dicetak

ALHAMDULILLAH...angan-angan kosong selama ini yang saya karang sejak sekian lama akhirnya menjadi kenyataan. Kompilasi Ceritera Fantasi Hatiku Dicuri Lanun merupakan 'anak' pertama Melarik Enigma Publications (MEP). Asalnya, MEP bercadang mahu menerbitkan novel saya sendiri iaitu Vampira Hidupkan Cintaku. Tetapi rancangan tidak menjadi lantaran ada beberapa halangan.

Namun semangat untuk menerbitkan sebuah novel fantasi tidak pernah lupus. Saya mulakan langkah sekali lagi dengan menerbitkan sebuah naskhah kompilasi fantasi dengan bantuan dan sokongan beberapa rakan penulis seperti Farah Husain (Fara H) dan Que Sera Sera (atau Sera Elya).

Walaupun naskhah ini kurang sempurna dari segi persembahan, namun saya tetap berbangga kerana layout novel ini dilakukan sendiri menggunakan perisian MS Word sahaja. Jadi banyak kekangan yang dialami. Mohon maaf atas segala kekurangan teknikal dan persembahan isi 'anak' pertama MEP. Saya akan cuba perbaiki mutu persembahan kami pada masa akan datang.

Credit pic: Instagram Sera Elya (Que Sera Sera)